Kerajaan bersetuju menambah jawatan Hakim Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, menurutnya, pelantikan itu akan merujuk kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah dan Sarawak terlebih dahulu sebelum dipersembah kepada Yang di-Pertuan Agong.
Jelas beliau, penambahan itu susulan peningkatan kes-kes di dua negeri berkenaan.